Hukuman merotan di Malaysia

Dua jenis rotan: Baris depan ialah rotan jenis tebal dan baris yg belakang ialah rotan jenis nipis.

Hukuman merotan di Malaysia merupakan hukuman undang-undang yang kedua serius, iaitu selepas hukuman mati. Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan. Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:

  • Rotan jenis nipis, yang digunakan untuk kes rasuah, kesalahan jenayah pecah amanah (CBT), dan jenayah kolar putih;
  • Rotan jenis tebal, yang digunakan untuk jenayah serius, umpamanya kes rogol dan kekacauan seksual.

Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan, akan tetapi ia lebih menyakitkan. Merotan dengan rotan tebal yang melebihi lima kali boleh mengakibatkan kematian pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih. Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat, undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut :

  • Perempuan, kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak;
  • Lelaki berumur 50 tahun ke atas;
  • Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan; dan
  • Orang gila.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search